Monday, October 15, 2018

Merawat Penyakit Buah Pinggang Dan Manna Jus Delima Bio Emas

Manna pada asalnya ialah sejenis bahan makanan yang dianugerahkan Allah kepada kaum nabi Musa Alaihissalam semasa dalam  pelarian daripada kekejaman firaun.

Setelah beribu tahun berlalu pelbagai kajian telah dijalankan untuk mengetahui kegunaan dan khasiat al manna atau gam arabic ini.

Manna diperolehi daripada pokok Acacia senegal, ia juga diperoleh dari pokok Acacia seyal (sebelum ini dikenali sebagai Vachellia seyal).  Pokok ini hidup di kawasan padang pasir seperti sub-sahara afrika, Oman, Pakistan dan Pantai barat India. Ketika kemarau, kulit pokok tersebut pecah mengeluarkan lelehan  yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi seperti kemenyan.

Dikalangan masyarakat tradisional selalu menggunakannya untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Sebagai pelawas, melegakan cirit-birit, menghilangkan sakit gigi dan sakit kepala, malah ia dipercayai untuk menajamkan ingatan dan menghindar dari penyakit nyanyuk dan lupa.

Kini, Manna atau gam arabic ini digunakan dengan amat meluas sekali dalam industri farmaseutikal (sebagai bahan dalam pembuatan kapsul dan ‘tablet coating’, penstabil) dan bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan makanan. Jika anda pernah membaca bahagian label makanan, pasti pernah terjumpa perkataan ‘penstabil makanan’ atau E414 yang digunakan sebagai kod bagi gum acacia sebagai ‘food additive’.

Ia juga menjadi bahan terpenting dalam industri penghasilan cat dan pewarna untuk lukisan, sebagai bahan yang melindungi permukaan supaya tahan lama, salah satu bahan dalam proses ‘glazing’ bagi pembuatan seramik dan pelbagai lagi kegunaan. Ia juga digunakan sebagai gel yang diletakkan di luka seperti ulser di dalam mulut yang berfungsi untuk mengurangkan sakit.

Ia juga pernah digunakan dalam hospital untuk meningkatkan tekanan darah pesakit ketika mana pendarahan berlaku sewaktu pembedahan. Pada ketika itu, penggunaannya adalah dengan cara menyuntik larutan gam tersebut terus ke dalam saluran darah.

Kandungan kimia arabic gum adalah terdiri dari polisakarida (rantaian gula panjang), arabinogalactan yang bersangkutan dengan protein. Rantaian arabinogalactan ini terdiri dari gula jenis arabinose dan galactose. Menariknya, nama gula arabinose tersebut diperoleh dari tumbuhan Acacia ini (ARAB tree, ARAB sugar, ARABinose).

Manna atau gam arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Kesemua prebiotik adalah fiber iaitu terdiri daripada karbohidrat kompleks yang tidak boleh diuraikan oleh sistem pencernaan manusia. Tetapi tidak semua fiber boleh bertindak seperti prebiotik. Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus.

Bakteria baik di dalam usus akan menjalankan proses fermantasi untuk menguraikan fiber tersebut dan hasil daripada fermantasi itu akan digunakan sebagai tenaga bagi bakteria di dalam usus. Penguraian fiber itu juga akan menggalakkan pembiakkan bakteria baik di dalam usus.

Sehubungan dengan proses fermantasi itu akan menghasilkan rantaian asid lemak. Salah satu fungsi asid lemak tersebut adalah ia mengurangkan pH usus besar menjadikannya lebih berkeadaan asid dan perkara tersebut akan membantu pembiakkan bakteria baik seperti bifidobacteria dan lactobacilli serta juga merencat pembiakan bakteria jahat.

Bagaimanakah Manna (arabic gum) boleh mengurangkan bacaan urea di dalam pesakit buah pinggang?

Untuk menjelaskan perkara ini, kajian pada tahun 2014 dimana salah satu bakteria baik di dalam usus dibuktikan dapat mengurangkan kandungan urea di dalam darah. Ia disebabkan bakteria tersebut mampu menguraikan urea yang berada di dalam usus.

 Pengambilan Manna - arabic gum meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus, ia juga akan menyebabkan penguraian urea di dalam usus meningkat. Oleh itu, ia akan menyebabkan bacaan urea di dalam darah semakin berkurangan.

Penggunaan arabic gum digalakkan kerana ia mampu menyediakan keadaan yang bagus untuk pembiakan bakteria baik di dalam usus. Malah mampu mengurangkan faktor risiko untuk berhadapan dengan penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya.

Manna (arabic gum) adalah makanan prebiotik yang selamat dan bagus untuk sistem pencernaan kita. Ia baik sebagai pencegahan dari beberapa penyakit kronik dan obesiti. Makanlah ia ketika anda sihat, bukan setelah sakit.

Terdapat 32 journal penyelidikan dan kajian klinikal mengenai khasiat Manna oleh pelbagai universti dan pusat penyelidikan diseluruh dunia. Untuk melihatnya Sila Klik di sini. Manakala kajian khusus Manna terhadap masaalah buah pinggang boleh klik di sini.

Begitu besar manafaat manna dalam kehidupan manusia samaada dari segi pembuatan makanan, industri dan juga kesihatan. Sebab itu kami memilih Manna (gum arabic) sebagai salah satu bahan penting dalam formulasi Jus Delima Bio Emas. Maklumat lengkap Jus Delima Bio Emas di sini.

Di bawah ialah testimoni penggunaan Jus Delima Bio Emas:

Puan Norin sentiasa berhubung melalui aplikasi wassap dengan Dr Abd Razak Ibrahim MD.(UKM), MSc.(BioChem)USA. Perunding produk Jus Delima Bio Emas bagi mendapatkan khidmat nasehat dan bimbingan semasa mengendalikan kes adik beliau.

Proses rawatan ini bermula bulan Mei 2015. Sepanjang proses, pesakit mengalami pelbagai gejala sehingga di satu peringkat beliau tidak sedarkan diri. Bagaimana pun setelah 3 bulan iaitu pertengahan Julai 2015, pesakit semakin pulih dan kandungan kreatinin telah kembali normal. Alhamdulillah. Bagi melihat testimoni penuh sila klik di sini.

image001

image003


Sumber rujukan kajian/penyelidikan ke atas khasiat Manna (Arabic Gum – Acacia Gum)
  1. Gum Arabic as novel anti-oxidant agent in sickle cell anemia, phase II trial – Published on 2017 Mar 16
  2. Effects of Gum Arabic in rats with adenine-induced chronic renal failure
  3. Comparative efficacy of three brands of gum acacia on adenine-induced chronic renal failure in ratsEffect of gum arabic on oxidative stress and inflammation in adenine-induced chronic renal failure in rats
  4. Oxidative stress in uremia: nature, mechanisms, and potential consequences
  5. Motor and behavioral changes in rats with adenine-induced chronic renal failure: influence of acacia gum treatment
  6. Effect of Acacia gum on blood pressure in rats with adenine-induced chronic renal failure
  7. Does treatment with gum Arabic affect experimental chronic renal failure in rats
  8. Effects of gum arabic (Acacia senegal) on water and electrolyte balance in healthy mice
  9. The effect of treatment with gum Arabic on gentamicin nephrotoxicity in rats: a preliminary study
  10. Evaluation of the efficacy of ginger, Arabic gum, and Boswellia in acute and chronic renal failure
  11. The effects of gum arabic oral treatment on the metabolic profile of chronic renal failure patients under regular haemodialysis in Central Sudan
  12. Protective effects of oral arabic gum administration on gentamicin-induced nephrotoxicity in rats
  13. Gum arabic establishes prebiotic functionality in healthy human volunteers in a dose-dependent manner.
  14. Hybrid nanomaterials based on gum Arabic and magnetite for hyperthermia treatments.
  15. Curcumin loaded gum arabic aldehyde-gelatin nanogels for breast cancer therapy.
  16. Development of a new model for the induction of chronic kidney disease via intraperitoneal adenine administration, and the effect of treatment with gum acacia thereon.
  17. Renal and extrarenal effects of gum arabic ( Acacia senegal )–what can be learned from animal experiments?
  18. Anti-malarial effect of gum arabic.
  19. Six-year dialysis freedom in end-stage renal disease.
  20. Acacia gum supplementation of a low-protein diet in children with end-stage renal disease.
  21. Review The use of acacia gum in end stage renal failure.
  22. Butyrate modulates TGF-beta1 generation and function: potential renal benefit for Acacia (sen) SUPERGUM (gum arabic)?
  23. In-situ formation and assembly of gold nanoparticles by gum arabic as efficient photothermal agent for killing cancer cells.
  24. Effects of Gum Arabic ingestion on body mass index and body fat percentage in healthy adult females: two-arm randomized, placebo controlled, double-blind trial.




No comments:

Post a Comment