Sunday, October 14, 2018

Jus Delima Menghalang Proses Metastasis Kanser Payudara.

Jus Delima Menghalang Proses  Metastasis Kanser Payudara

Kanser payudara telah menyebabkan kematian kepada beribu-ribu wanita di Malaysia, dan serata dunia.

Pelbagai penyelidikan telah dijalankan bagi mencari penawar kanser payudara ini. Satu kajian telah dijalankan di Department of Cell Biology and Neuroscience, University of California USA pada tahun 2012 ke atas keberkesanan Jus Delima bagi mengawal proses metastasis kanser payu dara.

Dalam kajian ini para penyelidik yang terdiri daripada Rocha A1Wang LPenichet MMartins-Green M.  telah menggunakan dua jenis sel kanser MDA-MB-231 sel (ER (-)) dan MCF7 (ER (+)) dan sel non-neoplastik MCF10A.

Hasil kajian itu telah menunjukkan Jus Delima menghalang pertumbuhan sel kanser payudara. Rawatan ini juga menghalang chemotaxis sel-sel kanser untuk SDF1α, (chemokine yang menarik sel-sel kanser payudara ke tulang).

Kajian itu juga  mengesahkan  bahawa gen yang penting dalam peralihan epithelial-to-meshenchymal berkurangan. Juga penyelidik mendapati bahawa sitokin / kemokin pro-radang dikurangkan dengan ketara oleh rawatan ini. Oleh itu Jus Delima mempunyai potensi untuk mengurangkan keradangan dan kesannya terhadap perkembangan kanser. 

Penemuan bahawa Jus Delima dan L + E + P menghalang proses metastatik dalam sel-sel kanser payudara di samping sel-sel kanser prostat menunjukkan bahawa Jus Delima adalah rawatan yang sangat berkesan untuk mencegah perkembangan kanser secara umum.

Merujuk kepada hasil kajian ini, Minuman Botani Campuran Jus Delima Bio Emas walau pun bukan ubat, sesuai digunakan bagi mencegah pembentukan sel-sel kanser payudara. Selain mengandungi  delima, Jus Delima Bio Emas juga mengandungi aprikot, biji anggur, ekstrak zaitun yang mana semua herba ini mengandungi bahan antioksidan yang tinggi yang berfungsi untuk mengurangkan keradangan dan kesannya terhadap perkembangan kanser. 

Oleh itu gunakan Minuman Botani Campuran Jus Delima Bio Emas tanpa was-was untuk kualiti kesihatan yang baik. Selain penyelidikan diatas terdapat 56 journal penyelidikan - (sila klik) lagi  yang telah dijalankan oleh pelbagai universiti di seluruh dunia yang membuktikan jus delima berkesan merawat kanser payudara dan kanser-kanser lain. 

No comments:

Post a Comment